Cadangan asal pelaksanna GST mula
diperkenal dan dipertimbang oleh kerajaan pada tahun 1988. Seterusnya, cadangan
pelaksanaan untuk mengganti system cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai
telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri Kelima.
Pelaksanaan cukai ini dicadangkan untuk dikuatkuasa bermula 1 Januari 2007.
Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet
2005 mencadangkan penyusunan semula system percukaian Negara termasuk mengkaji
peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia bertujuan
untuk menjadikan system percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana
hasil negara. Cadangan pelaksanaan ini juga terpaksa ditangguh pada tahun 2006.
Perdana Menteri Keenam, YAB Dato’
Sri Mohd Najib bn Tun Haji Abdul Razak mengumumkan kembali pelaksanaan GST pada
15 Oktober 2013 yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia
ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau
di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas
perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST merupakan
sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga
dijangka akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan dan
pelaksanaan penuh cukai ini akan dikenakan pada 1 April 2015.
GST adalah cukai penggunaan dan
ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak
kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.
Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST dan jika
jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi
jumlah tertentu yang ditetapkan. GST merupakan konsep cukai yang dikenakan pada
setiap peringkat barangan dan perkhidmatan bermula daripada pengilang,
pemborong, peruncit dan akhir sekali pengguna dan kadar GST sebanyak 6%
dikenakan pada peringkat tersebut. Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas
mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi
setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan
mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai
input”.
Dalam konteks struktur GST, ia
merupakan sistem cukai yang berpaksikan
prinsip keadilan apabila GST hanya dikenakan pada syarikat berskala besar
seperti pengilang atau pemborong tetapi ia dikecualikan kepada peniaga kecil
yang nilai ambang yang tidak melebihi RM500,000 setahun. Manakala syarikat atau
perniagaan yang berpendapatan melebihi RM500,000 setahun, maka mereka boleh
mendapatkan rebat atau menebus kos percukaian yang dikenakan oleh kerajaan pada
berakirnya tahun semasa. Selain itu, elemen cukai pada paras minimum juga
diraikan dalam sistem GST apabila cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini
agak tidak tersusun dan mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu. Ini kerana
sistem cukai ini sering kali mengakibatkan cukai atas cukai sehingga
membebankan para pengguna.
Bagaimanapun, barangan atau
perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan dalam pelaksanaa
GST. Ia merangkumi pengangkutan penumpang, perkhidmatan kesihatan oleh hospital
dan klinik swasta, perkhidmatan pendidikan dan latihan oleh institusi pendidikan
swasta serta kantin di sekolah rendah dan menengah. Selain itu,bekalan tanah
dan rumah kediaman termasuk rumah kos rendah dan sederhana, jual beli dan sewa
atau pajak tanah pertanian dan tanah bagi kegunaan awam. Antara kategori barang
makanan yang tidak dikenakan GST pula terdiri daripada beras dan padi, gula,
tepung, minyak masak, garam, sayur-sayuran, rempah ratus, binatang hidup,
daging binatang dan organ dalaman, ikan dan isi ikan, kerang-kerangan dan telur
burung.
Bagi perkhidmatan utiliti yang
tidak dikenakan GST pula merangkumi bekalan elektrik kepada pengguna domestik
untuk 200 KWH yang pertama dan bekalan air kepada pengguna domestik 35 meter
padu yang pertama. Manakala, bagi barangan yang dikenakan cukai GST pula,
kebanyakannya bukan terdiri daripada barang keperluan asasi seperti barang
kosmetik, barangan elektrik dan elektronik, bahan mentah sektor pembinaan,
perabot siap dan lain-lain. Barangan seumpama ini merupakan barangan yang
dikategorikan dalam kelompok keperluan atau kehendak serta pelengkap.
Kesimpulannya, GST merupakan satu
sistem percukaian komprehensif yang mengambil kira pelbagai aspek dan selaras
dengan ajaran Islam yang menuntut kepada keadilan tanpa mendatangkan
kemudaratan dan bebanan kepada masyarakat. Walaupun pengenaan cukai ini adalah
lebih menyeluruh dan bersepadu, namun pelaksanaannya juga perlu mengambil kira
kadar kemampuan golongan pertengahan dan bawahan. Ini kerana golongan ini akan
lebih merasai impaknya berbanding golongan kaya. Pelbagai inisiatif dan bantuan
harus diwujudkan kepada mereka agar pertumbuhan ekonomi negara bergerak seiring
dengan kemajuan masyarakat.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN
PENGIRAAN GST DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI
DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK
MAKLUMAT LANJUT.
