JENIS-JENIS PERCUKAIAN


Hasil cukai adalah hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat berasaskan perundangan yang diluluskan oleh Parlimen. Hasil cukai diklasifikasikan kepada cukai langsung  dan cukai tidak langsung. Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan dan kekayaan mengikut akta-akta yang diluluskan seperti
Akta Cukai Pendapatan 1967. Contoh cukai-cukai tersebut adalah cukai pendapatan, cukai sewa filem, duit harta pusaka, duti setem dan cukai ke atas keuntungan hartanah. Cukai-cukai ini ditadbir dan dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Dalam tahun 2007, jumlah cukai pendapatan yang dikutip adalah sebanyak RM65, 658 juta iaitu 47% dari jumlah hasil yang terdiri daripada komponen utamanya iaitu cukai pendapatan syarikat sebanyak RM32, 149 juta, cukai pendapatan individu sebanyak RM11, 661 juta dan cukai pendapatan petroleum sebnayak RM20, 149 juta. Cukai pendapatan syarikat ini adalah meningkat sebanyak RM5,672 juta (21%) dari tahun 2006. Jumlah cukai langsung yang lain bagi tahun 2007 adalah duti setem sebanyak RM3,404 juta dan cukai ke atas keuntungan hartanah sebanyak RM278 juta.

Cukai tidak langsung pula adalah cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas individu dan cukai ini hanya dikenakan apabila seseorang individu membeli atau menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contoh cukai tidak langsung adalah duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jalan dan cukai perkhidmatan ditadbir dan dikutip oleh Jabatan Kastam Dan Diraja manakala cukai jalan dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. jumlah kutipan cukai tidak langsung bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM25,772 juta iaitu sebanyak 3% berbanding tahun 2006. Komponen utamanya adalah terdiri daripada duti eksport sebanyak RM2,332 juta, duti import sebanyak RM2,424 juta, duti eksais sebanyak RM7,910 juta, cukai jualan sebanyak RM6,642 juta dan cukai perkhidmatan sebanyak RM3,013 juta. Hasil cukai adalah penyumbang terbesar kepada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan iaitu 68% (RM95,168 juta) berbanding jumlah hasil keseluruhan sebanyak RM139,885 juta pada tahun 2007.

Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip dari perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat. Hasil bukan cukai termasuklah kenaan bayaran daripada kelulusan permit, yuran perkhidmatan, jualan perkhidmatan, jualan barang dan harta, sewa dan hasil dari pelaburan. Kadar-kadar bayaran yang dikenakan adalah berasaskan kepada akta-akta tertentu yang diluluskan di Parlimen. Jumlah hasil bukan cukai yang dikutip dalam tahun 2007 adalah sebanyak RM43,950 juta iaitu 31% daripada jumlah keseluruhan hasil. Berbanding dengan tahun-tahun 2006 dan 2005 jumlah hasil bukan cukai adalah sebanyak RM36,005 juta dan RM25,052 juta masing-masingnya.

Terimaan bukan hasil terdiri dari semua pulangan balik perbelanjaan. Contohnya terimaan daripada kumpulan wang amanah yang berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang lebih dan bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Hasil Wilayah Persekutuan pula adalah terdiri dari hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah Persekutuan. Contohnya adalah hasil daripada kedai tuak, hasil daripada tanah, lombong dan hutan dan hasil daripada lesen-lesen. Pada tahun 2007, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan hanya menyumbang sebanyak 1% kepada jumlah hasil negara iaitu sebanyak RM767 juta. Berbanding pada tahun 2006 jumlahnya adalah RM911 juta dan RM657 juta pada tahun 2005.

Hasil Kerajaan Persekutuan datangnya dari segala hasil dan pendapatan kecuali zakat, fitrah dan hasil Baitulmal yang lain. Pengurusan jenis-jenis hasil yang diterima perlu lebih efisien supaya jumlah tunggakan hasil tidak bertambah dari semasa ke semasa. Amnya, Kerajaan telah mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah tunggakan hasil dengan mengemas kini peraturan semasa. Oleh yang demikian, pemungut perlu mengurus dan mentadbir tunggakan hasil yang ada kini dengan mematuhi undang-undang dan peraturan semasa bagi menjamin peningkatan hasil negara dan berkurangnya tunggakan hasil.


MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CUKAI INDIVIDU DAN SYARIKAT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.