Audit
adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan dan memberi pandangan ke atas
kebenaran dan kesamaan penyata kewangan tersebut. Audit juga adalah pemeriksaan
ke atas penyata kewangan supaya ianya disediakan mengikur pawaian perakaunan
yang diluluskan dan juga kehendak yang
tercatat di Jadual 9 Akta Syarikat. Tujuan audit dilakukan adalah pemeriksaan
dan kajian ke atas penyata kewangan syarikat untuk memperolehi bukti audit yang
akan dinilai oleh seseorang juruaudit.
Mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen
167, semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia mesti menyimpan sebarang
penyata akaun yang mnegandungi rekod hasil, perbelanjaan dan transaksi
perniagaan dengan teratur dan baik. Seksyen 167(1) mengkehendaki akaun syarikat
perlu diaudit bagi setiap tahun kewangan. Di Malaysia, juruaudit bebas
menjalankan audit penyata kewangan syarikat mengikut piawaian pengauditan yang
diluluskan. Kegagalan syarikat mematuhi Seksyen 167(1), akan dikenakan kompaun
sebanyak RM4,400. Audit tidak boleh dilaksanakan jika tiada penyata kewangan
dari pihak syarikat.
Bagi syarikat yang baru ditubuhkan
audit, maka audit perlu dilakukan dalam tempoh maksima 18 bulan (1 tahun 6
bulan). Manakala bagi syarikat yang sudah menjalankan operasi seperti biasa,
syarikat perlu diaudit dalam tempoh 12 bulan bagi setiap tahun tutup
perakaunan.
SEBAB-SEBAB
PENGAUDITAN
Dibawah
Akta Syarikat 1997, pengauditan perlu dilaksanakan di atas sebab-sebab berikut:
➺ Mematuhi Seksyen 167
➺ Mengemukakan ‘Annual Return’ dan bagi
mengadakan ‘Annual General Meeting’.
➺ Bagi pengiraan kewangan syarikat dan
penyerahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
➺ Serah simpan borang cukai (Borang C
& R)
➺ Laporan Audit diperlukan bagi tujuan
pemeriksaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Seksyen
9-Akta Syarikat 1965
Dibawah
Akta Syarikat 1965, Seksyen 9 menetapkan bahawa hanya ‘juruaudit yang
diluluskan (mempunyai kelulusan dan kemahiran menjalankan tugas)’ dibenarkan
menjalankan tugas juruaudit.
Penyata
kewangan
Setiap
syarikat bertanggungjawab menyediakan akaun-akaun yang lengkap seperti berikut
untuk diaudit:
➺ Penyata pendapatan untung & rugi
(statement of comprehensive income)
➺ Kunci kira-kira (statement of financial
position)
➺ Lejar am
➺ Jadual-jadual seperti jadual aset, penghutang dan sebagainya.
Seksyen
167(2)- Akta Syarikat 1965
Syarikat
hendaklah menyimpan rekod-rekod untuk tempoh 7 tahun selepas siap transaksi.
Seksyen
172- Akta syarikat 1965
Seksyen
172 memperuntukkan setiap syarikat yang ditubuhkan mesti melantik Juruaudit Bebas.
Juruaudit Bebas yang dilantik akan memegang jawatan sehinga tamat Mesyuarat
Agung Tahunan pada tahun berikutnya.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGAUDITAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN SEKITARNYA. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.