Cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) merupakan satu sistem percukaian adil kerana ia
mengagihkan beban percukaian dalam kalangan kelompok penduduk secara lebih
meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan jeGSTnis dan kuantum
cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan perkhidmatan yang
digunakannya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan GST bermula
1 April, 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada
25 Oktober 2013 lalu.

Membolehkan
Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, kerajaan perlu melakukan
reformasi terhadap sistem percukaian sedia ada bagi memacu perniagaan dan
pembangunan.Transformasii percukaian seperti memperkenalkan GST, mungkin
mengundang banyak kritikan pada peringkat awalnya, namun dari segi ekonomi, ia
merupakan suatu keputusan tepat. Bagaimanapun, kerajaan perlu menghalang
kenaikan harga barangan bagi memastikan ia tidak membebankan kumpulan
berpendapatan sederhana dan rendah.
Malaysia yang
dianggap sebagai sebuah negara maju di rantau ini, akan ketinggalan jika masih
menggunapakai sistem cukai sedia ada memandangkan Indonesia, Singapura, Kemboja
dan Vietnam telah lama melaksanakan GST. Pengguna harus sedar bahawa melalui
pelaksanaan GST, harga sesuatu barangan dan perkhidmatan adalah rendah
berbanding di bawah pelaksanaann sistem percukaian cukai sedia ada kerana ia
mengelakkan cukai berganda. Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan
komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.
Pelaksanaan
GST tepat pada masanya, sejajar dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status
negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. GST merupakan satu sistem
percukaian yang menyeluruh, cekap dan komprehensif, yang mana ia dapat menjana
pendapatan yang baik kepada negara, tapi pada masa yang sama, tidak membebankan
rakyat. Dengan kadar enam peratus itu, negara akan memperoleh RM23 bilion dalam
tempoh sembilan bulan pertama pelaksanaan GST, manakala dalam tempoh setahun
pula ia akan mencecah RM32 bilion dan seterusnya mencatat sedikit lebihan
apabila ditolak BR1M dan pengurangan
cukai kepada individu dan syarikat.
MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN PENGIRAAN GST DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN
BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my
UNTUK MAKLUMAT LANJUT.