Memulakan perniagaan merupakan suatu
usaha murni yang dituntut oleh Islam bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat dan keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 punca
rezeki datangnya daripada perniagaan. Perniagaan merupakan sebuah bidang yang
memerlukan komitmen yang tinggi. Kajina yang terperinci perlu dilakukan sebelum
memulakan sesuatu usaha tersebut. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum
memulakan sesuatu perniagaan termasuk kajian pasaran, penggajian pekerja,
sumber bahan mentah dan bidang perniagaan yang berpotensi.
Bidang perniagaan yang dipilih
merupakan di antara faktor penentu kejayaan sesuatu perniagaan. Kajian pasaran
yang menyeluruh serta kajian mengenai potensi sesuatu bidang perniagaan pada
masa hadapan juga amatlah penting bagi memastikan perniagaan yang diceburi
masih releven di dalam pasaran akan datang. Bagi memastikan kelancaran sesuatu
perniagaan, seseorang ahli perniagaan perlu mempunyai kemahiran asas untuk
merekod dan menganalisa penyata kewangan perniagaan pada sesuatu masa tertentu.
Perkara-perkara ini adalah penting supaya ahli perniagaan tersebut dapat
mengkaji kadar keuntungan sesuatu operasi perniagaan dan memastikan kelicinan
aliran tunai perniagaan.
Disiplin
merekod dan menyimpan dokumen-dokumen kewangan perniagaan seperti penyata akaun
bank, invois dan resit merupakan asas utama di dalam penyediaan penyata
kewangan perniagaan. Aktiviti tersebut merupakan disiplin asas yang diperlukan
oleh seseorang ahli perniagaan untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi. Kesibukan
menjalani operasi harian perniagaan bukanlah menjadi alasan untuk tidak
berpeluang untuk merekodkan transaksi-transaksi kewangan perniagaan dari masa
ke semasa. Ahli perniagaan mestilah mewujudkan disiplin yang teguh atau
“Standard Operating Procedure (SOP)” bagi merekodkan transaksi-transaksi
kewangan tersebut.
Setiap
ahli perniagaan mestilah mempunyai disiplin diri bagi merekod dan menganalisa
prestasi perniagaan sekurang-kurangnya sekali di dalam seminggu. Antara rutin
mingguan tersebut merangkumi Pengeluaran Invois Jualan Terkini. Invois jualan
merupakan dokumen transaksi yang amat penting bagi membuktikan produk jualan
atau perkhidmatan telah disediakan kepada pelanggan perniagaan. Ianya amat
penting untuk dikeluarkan dan dihantar kepada pelanggan agar bayaran yang
dikenakan dapat dikutip berdasarkan produk atau perkhidmatan yang telah
dikeluarkan. Kutipan tunai dari para pelanggan amatlah penting demi menjamin kelancaran
aliran tunai sesebuah perniagaan terutamanya dalam menanggung segala komitmen
perbelanjaan perniagaan serta kos untuk menghasilkan satu-satu jualan. Tanpa
kutipan tunai ini, perniagaan pastinya tidak akan ke mana-mana.
Seterusnya, Merekod Bil & Perbelanjaan Overhead Bil-bil pembelian
mestilah direkod serta dijelaskan mengikut jangkamasa yang dipersetujui bersama
para pembekal. Ini adalah penting supaya bahan-bahan mentah yang dibekalkan
dapat diterima pada masa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak mengganggu
proses jualan perniagaan dari masa ke semasa. Merekodkan semua bil-bil semasa
serta perbelanjaan syarikat ini dapat membantu anda untuk menganalisa berapakah
kos operasi syarikat anda. Anda juga dengan mudah untuk memotong perbelanjaan
yang tidak diperlukan seperti bil-bil tambahan untuk berjumpa pelanggan agar
bisnes anda lebih menguntungkan.
Selain itu, memeriksa penyata akaun perniagaan. Penyata Akaun Semasa perniagaan yang
dibuka di bank-bank perdagangan amat penting kerana ianya merupakan sumber
rekod utama pembayaran dan penerimaan tunai dari pembekal dan pelanggan
perniagaan. Setiap penyata ini menunjukkan berapa banyakkah keuntungan serta
kos yang diperlukan setiap minggu. Kaedah hubungan perniagaan yang menggunakan
transaksi pembayaran cek-cek perniagaan akan ditunjukkan di dalam Penyata Akaun
Semasa dari masa ke semasa. Penyata Akaun Semasa ini juga boleh dijadikan
sebagai rujukan di dalam menganggarkan prestasi dan keupayaan perniagaan di
masa hadapan.
Memeriksa
Transaksi Urusniaga. Pemeriksaan dokumen transaksi-transaksi perniagaan seperti
yang dinyatakan ini amatlah penting bagi menjamin setiap barangan belian dan
jualan direkodkan. Ia dapat membantu ahli perniagaan untuk melihat keupayaan
bisnes dan merangka strategi bisnes untuk jangka masa panjang. Keupayaan
seseorang ahli perniagaan memastikan rekod yang baik akan mengurangkan risiko
kehilangan barangan perniagaan, memastikan penyimpanan stok berada di tahap
optimum serta pengurusan aliran tunai yang cekap. Ia dapat memaksimumkan
keuntungan dan meminimumkan kerugian perniagaan.
Setiap
kerja yang dilakukan mestilah mempunyai disiplin yang khusus agar kerja-kerja
yang dilakukan akan berada pada tahap yang terbaik. Perkara tersebut tidak
terkecuali kepada setiap ahli perniagaan yang inginkan kejayaan di dalam
perniagaan yang diceburi. Selain dari persediaan awal sebelum memulakan
perniagaan, setiap ahli perniagaan perlu memastikan bahawa aktiviti perniagaan
yang diceburi mempunyai keuntungan yang diimpikan. Sekiranya terdapat perbezaan
di dalam transaksi perniagaan, perkara tersebut boleh dikenal pasti dan
diperbetulkan dengan cepat.
Pada masa kini, terdapat pelbagai perisian komputer
yang membolehkan para ahli perniagaan membuat catatan rekod perniagaan yang
sempurna dan berkesan. Ia memudahkan kita untuk melihat tahap prestasi sesuatu
perniagaan tersebut dan mengenal pasti kelemahan utama terutamanya di dalam
aspek kawalan perbelanjaan perniagaan. Tambahan pula, terdapat juga beberapa
firma perakaunan yang menyediakan khidmat simpan kira (‘book-keeping’) bagi
membantu ahli perniagaan di dalam menganalisa serta merekodkan dokumen-dokumen
perniagaan yang berkaitan. Ia juga penting agar ahli perniagaan diberi input
yang berguna demi kemajuan perniagaan masing-masing.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AKAUN SERENDAH RM90 SAHAJA SEBULAN DI KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN SEKITARNYA. CAJ ADALAH TERMURAH DI PASARAN. HUBUNGI SEKARANG DI TALIAN 013-6352231 ATAU EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
