Salah satu jawatan yang popular
dan sering diiklankan oleh syarikat-syarikat swasta ialah jawatan setiausaha.
Hal ini menunjukkan jawatan setiausaha mempunyai potensi dan menyediakan
peluang pekerjaan yang banyak di pasaran kepada lulusan di bidang ini. Setiausaha
merupakan tulang belakang kepada halatujuh dalam memastikan kelancaran program
dan aktiviti yang dirancang oleh persatuan atau organisasi dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Seorang pengurus atau ketua memerlukan setiausaha yang cekap
dalam urusan ini. Tanpa setiausaha tugas seorang pengurus menjadi rumit
terutama dalam melayani panggilan daripada pelanggan, mengatur temu janji,
urusan surat menyurat, mengatur mesyuarat dan segala urusan rasmi melibatkan
pejabat.
Tanggungjawab
dan peranan Setiausaha Syarikat ketika ini semakin berubah sesuai dengan
peredaran masa yang kian mencabar. Dunia perniagaan semakin berkembang pesat
dan semakin banyak peraturan dan undang-undang yang telah dan akan
diperkenalkan. Ini adalah bertujuan untuk memantapkan dan menyesuaikan peranan
Setiausaha Syarikat agar lebih efektif dan juga selaras dengan perkembangan
Akta Syarikat yang semakin bergerak kehadapan. Dengan kata lain, seorang
setiausaha perlu melakukan dan menyelesaikan banyak perkara supaya dapat
memudahkan urusan rasmi ketuanya. Maka tidak hairanlah, bidang kerjaya ini
semakin diperlukan sama ada di sektor awam apatah lagi di sektor swasta yang
menwarkan pekerjaan yang begitu luas. Kebanyakan daripada kita tahu pernah
mendengar tentang setiausaha tetapi mungkin tidak mengetahui bidang tugasnya. Oleh
kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat
atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik serta
hendaklah memiliki kemahiran berkomunikasi dan menulis yang baik dalam Bahasa
Melayu dan Inggeris. Beliau juga berupaya mengendalikan kerja di bawah
pengawasan yang minimum di samping mempunyai kemahiran menaip yang cepat.
Di
dalam era teknologi maklumat dewasa ini, memiliki kemahiran dan pengetahuna
dalam mengendalikan komputer peribadi adalah satu kelebihan. Pekerjaan ini
menawarkan gaji yang menarik di samping beberapa imbuhan yang lain diberikan
kepada individu itu khususnya oleh majikan di sektor swasta. Mereka yang
mempunyai pengalaman akan ditawarkan gaji yang lebih lumayan. Sementara itu,
pengalaman akademik dan praktikal akan diperoleh semasa seseorang itu
melanjutkan pengajian di institusi pengajian yang menawarkan program ini.
Semasa pengajian, pelajar bidang kesetiausahaan akan didedahkan dengan kursus-kursus
seperti kesetiausahaaan Bahasa ingeris, Bahasa Melayu perdagangan dan
terjemahan, menaip, pengenalan perniagaan, peraturan pejabat dan amali pejabat.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN KAWASAN SEKITARNYA. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.