![]() |
Kewangan ialah sebuah
kementerian yang bertujuan untuk mengurus pendapatan negara Malaysia dan
pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan negara yang saksama antara
rakyat. Kementerian Kewangan bertanggungjawab memastikan dasar kewangan dan
bajet negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mampan. Ia berfungsi
merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk menjamin
kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber kewangan kerajaan, di
samping merumus dan mengawal dasar-dasar berkaitan perkhidmatan kontrak dan
bekalan serta pinjaman perumahan kerajaan. Selain itu, kementerian juga
menyediakan perkhidmatan yang meliputi segala aspek operasi, prosedur dan
prinsip-prinsip perakaunan bagi agensi kerajaan.
Sistem kewangan di Malaysia
terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem perbankan dan sistem bukan
perbankan. Sistem perbankan terdiri daripada bank, syarikat kewangan dan syarikat
diskaun. Bank adalah seperti Bank Negara Malaysia dan Bank Perdagangan. Sistem
bukan perbankan pula terdiri daripada
institusi yang berkaitan pembangunan kewangan seperti IMDF, institusi tabungan
seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Bank Rakyat. Institusi bukan
perbankan lain ialah KWSP, Insurans dan Takaful, Institusi Kredit Perumahan dan
Institusi Amanah seperti ASB, ASN dan sebagainya.
Menteri Kewangan adalah
bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan
Persekutuan. Mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara Kewangan - Menteri Kewangan
dibenarkan untuk menurunkan kuasanya kepada Pegawai Pengawalyang juga menjadi
Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensi-agensi di bawah kawalannya untuk
melaksanakan tugas pengurusan kewangan di Agensi masing-masing.
Pengurusan Kewangan Negara
melibatkan pelbagai agensi kerajaan di mana ia bermula daripada kutipan hasil
sehinggalah kepada proses perancangan, perbelanjaan, pembayaran, pelaporan dan
pemantauan atau “check and balance” oleh Jabatan Audit Negara/Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara. Tugas mengendalikan pengurusan kewangan Negara dengan
cekap dan berkesan adalah merupakan satu amanah besar bagi setiap pegawai
Kerajaan. Pencapaian dan kejayaan organisasi diukur melalui pengurusan kewangan
yang teratur dan berhemah. Ini hanya boleh dicapai sekiranya prinsip integriti
dan akauntabiliti diamalkan dalam mengurus dana awam.
Pengurusan kewangan yang lemah
akan memberi ruang kepada isu negatif seperti penyelewengan, pemborosan dan
pembaziran. Oleh itu, semua pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan
perlu merancang dan menilai tindakan yang dapat menyelesaikan masalah dan
mengatasi kelemahan yang dikenal pasti. Slogan ‘membetulkan yang biasa dan
membiasakan yang betul’ dalam pengurusan kewangan perlu dihayati dan
dibudayakan.
UNTUK PENDAFTARAN LESEN
KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF), PEMBAHARUAN DAN STATUS BUMIPUTRA SILA HUBUNGI
013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my
UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
