PERAKAUNAN DI SEKTOR AWAM

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal akauntan adalah Institut Akauntan Malaysia (MIA) Malaysian Institute of Accountants. Selain itu, badan yang menetapkan prinsip-prinsip perakaunan pula adalah Lembaga Piawaian Perakauan Malaysia (MASB).
Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (regulator), dan pemegang kepentingan (stakeholders) yang lain seperti pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini juga dikenali sebagai simpan kira (bookkeeping).Di Malaysia, peringkat kerajaan tempatan adalah peringkat yang menghadapi masalah terbesar dalam mewujudkan dan mengendalikan sistem perakaunan yang memuaskan kecuali beberapa penguasa tempatan besar. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan (1976), setiap penguasa tempatan mesti mewujudkan satu kumpulan wang penguasa tempatan. Semua kutipan mesti dikreditkan dalam akaun dan semua perbelanjaan dikeluarkan daripada kumpulan wang ini mengikut syarat-syarat kewangan yang ditetapkan.
            Pada dasarnya sistem perakaunan penguasa tempatan adalah sistem perakaunan dana (Fund Accounting). Semua urusan yang direkodkan dan diterbitkan ialah segala penerimaan tunai dan pembayaran tunai daripada kumpulan wang penguasa tempatan seperti juga peringkat-peringkat kerajaan lain. Struktur akaun penguasa tempatan meliputi perbelanjaan dan hasil. Hasil direkodkan mengikut jenis hasil yang diterima dan perbelanjaan pula mengikut kategori perbelanjaan seperti yang diamalkan pada peringkat kerajaan  negeri. Sistem perakaunan seperti ini tidak menimbulkan masalah kerana operasi-operasi penguasa tempatan bukanlah untuk mengaut keuntungan tetapi untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan asas mungkin pada kadar balik modal. Tujuan utama rekod perakaunan dalam penguasa tempatan, seperti juga dalam sektor awam ialah untuk menunjukkan bahawa semua perbelanjaan telah diluluskan dan tidak melebihi jumlah yang diperuntukkan. Ringkasnya, penentuan sejauh manakah keakuran kepada belanjawan adalah objektif sistem perakaunan awam dan juga penguasa tempatan.
            Pihak penguasa tempatan juga mestilah menyediakan penyata kewangan dan membentangkannya kepada majlis dalam mensyuarat pertama dalam bulan Mei dalam tahun kewangan yang berikutnya atau pada masa yang ditetapkan oleh penguasa tempatan. Penyata kewangan ini akan diaudit oleh Ketua Audit Negara atau wakilnya. Penyata kewangan yang telah diaudit mestilah dibentangkan dalam Majlis dan juga dalam Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. Disebabkan oleh kekurangan kakitangan kewangan, kebanyakkan penguasa tempatan tidak dapat menyimpan dan menyediakan laporan kewangan yang betul mengikut kemahuan negeri dan Ketua Audit Negara. Biasanya penguasa tempatan mengambil masa antara 2-4 tahun sebelum penyata kewangan dapat diaudit.        
            Kesimpulannya sistem perbelanjaan dan perakaunan kerajaan tempatan dari semasa ke semasa sentiasa diperbaiki bagi meningkatkan kualiti pengurusan kewangannya.



MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AKAUN SERENDAH RM90 SAHAJA UNTUK SEBULAN DI KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN SEKITARNYA. CAS ADALAH TERMURAH DI PASARAN. HUBUNGI SEKARANG DI TALIAN 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.