PERCUKAIAN DI MALAYSIA


Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini akan digunakan oleh sesuatu kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara. Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya sama ada di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji atau pendapatan, ganjaran dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.

Cukai dapat diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal pemungutan cukai terbabit. Oleh itu, cukai yang dipungut sama ada ia secara langsung atau tak langsung akan dihantar ke LHDN untuk proses seterusnya.  Cukai langsung melibatkan individu secara terus atau langsung seperti cukai pendapatan yang mana individu yang bekerja akan dikenakan cukai atas pendapatan yang diterimanya berdasarkan nisbah yang ditentukan dalam setahun.Manakala pihak firma juga perlu membayar cukai korporat atas keuntungan yang diperoleh setiap tahun.

Kadar percukaian pendapatan di Malaysia adalah berbentuk progresif iaitu bagi mereka yang berpendapatan tinggi dikenakan kadar cukai yang tinggi berbanding mereka yang berpendapatan rendah.  Kadar maksimum yang dikenakan adalah 28% daripada jumlah pendapatan.  Pendapatan seseorang individu sehingga tarikh kematian akan dikenakan cukai sebagai pendapatan individu berkenaan.  Kematian tidak melepaskan tanggungjawab untuk membayar cukai.  Pendapatan yang terakru atau diperoleh selepas tarikh kematian akan ditaksir atas nama warisatau pentadbir-pentadbir harta pusaka.

Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukai pada kadar 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.  Walaubagaimanapun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM 2500 sebulan atau RM30,000 setahun dicukai pada kadar sifar.  Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan potongan jumlah pendapatannya dengan jumlah pelepasan individu.  Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat.  Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) Malaysia.

Kebanyakan negara termasuklah Malaysia mengenakan cukai pendapatan melalui undang-undang untuk membiayai aktiviti pentadbiran negara di samping mencapai tujuan pengaturan sumber masyarakat.  Tetapi terdapat juga beberapa buah negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan antaranya Brunei dan Arab Saudi.  Kedua-dua negara ini hanya menggantungkan kepada hasil daripada petroleum untuk membiayai pembangunan negara.



MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CUKAI INDIVIDU DAN SYARIKAT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.