AKTIVITI PENGAUDITAN DI MALAYSIA

Amalan pengauditan mula muncul apabila manusia mulai berniaga. Aktiviti perniagaan yang semakin berkembang pesat menyebabkan audit semakin diperlukan dan memaksanya untuk tumbuh menjadi lebih kompleks serta tersusun. Selain sistem pengurusan yang baik, aspek utama yang boleh membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi perniagaan ialah sistem penyimpanan rekod yang baik. Sistem penyimpanan rekod disediakan untuk semua urus niaga yang terlibat dengari aktiviti perniagaan, sama ada kewangan atau bukan kewangan, dan juga menjadi sistem komunikasi maklumat organisasi tersebut.
Organisasi perniagaan yang dimaksudkan di sini termasuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, persatuan atau syarikat kerjasama. Rekod kewangan sesebuah organisasi yang mengandungi maklumat seperti hasil kendalian dan kewangan masa lalu, yang tidak memberikan gambaran sewajarnya, akan menimbulkan keraguan yang disyaki berpunca daripada terdapatnya unsur kepentingan diri ataupun ketidakjujuran. Suatu kemungkinan yang boleh berlaku ialah pihak peng¬urus sengaja mengubah angka-angka dalam penyata kewangan dengan tujuan supaya penyata tersebut memperlihatkan kedudukan kewangan dan hasil kendalian yang lebih menarik dan memudahkan pihak pengurus mendapatkan pinjaman dari bank ataupun untuk memperoleh modal ekuiti tambahan menerusi penerbitan saham atau bon. Penyata kewangan yang melaporkan hasil kendalian yang bertambah baikjuga boleh digunakan oleh pegawai syarikat sebagai asas untuk membuat tuntutan ganjaran.
Oleh sebab kemungkinan berlakunya keadaan seperti yang disebutkan di atas memang wujud, maka timbul keperluan di kalangan pemegang saham atau ahli-ahli agar berpuas hati dengan penyata kewangan yang disediakan oleh pihak pengarah itu agar menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan dan pendapatan orga¬nisasi tersebut. Untuk memberikan kepastian yang diperlukan oleh pihak ketiga bahawa maklumat yang mereka gunakan untuk membuat keputusan itu boleh diper¬cayai, juruaudit bebas diperlukan untuk memperkukuhkan keyakinan pihak ketiga terhadap kebolehpercayaan maklumat tersebut. Juruaudit bebas menjalankan pemeriksaan tersebut bagi pihak pemegang saham atau ahli kerana memang tidak mungkin setiap pemegang saham akan menjalankan pemeriksaan secara berasingan terhadap rekod dan buku organisasi itu. Selepas pemeriksaan, pendapat juruaudit tentang penyata kewangan akan dinyatakan dengan jelas di dalam laporan mereka kepada pemegang saham atau ahli. Laporan ini menyatakan sama ada maklumat kewangan yang dilaporkan itu benar dan saksama atau sebaliknya.
Pengakuan juruaudit ini amat penting kepada para pelabur dan juga kepada ekonomi sesebuah masyarakat secara keseluruhannya. Kesan daripada pengakuan tersebut ialah kepastian bahawa modal disalurkan untuk tujuan penggunaan yang paling produktif, yang memberikan manfaat yang maksimum kepada pelabur dan juga masyarakat amnya. Pelabur yang sentiasa berusaha untuk memperoleh pulangan yang maksimum daripada modalnya yang terbatas, akan menghasilkan peruntukan punca modal secara optimum dengan pulangan yang maksimum. Jadi peruntukan punca pengeluaran yang dibuat dengan berasaskan penyata kewangan yang memberikan gambaran yang tidak benar dan mengelirukan, merupakan suatu kerugian kepada pelabur dan masyarakat umumnya.


Secara umumnya, boleh dirumuskan bahawa pendapatjuruaudit tentang penyata kewangan dapat memperkukuhkan kebolehpercayaan pengguna terhadap penyata kewangan tersebut. Walau bagaimanapun, seorang pengguna itu tidak seharusnya mengandaikan bahawa pendapat juruaudit itu sebagai suatu jaminan tentang kejayaan masa hadapan perniagaan ataupun sebagai jaminan terhadap kecekapan atau keberkesanan pihak pengurusan mengendalikan entiti berkenaan.


MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AUDIT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN SEKITARNYA. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.