Percukaian
boleh didefinisikan sebagai satu bayaran yang wajib tetapi bukannya denda yang
dikenakan oleh kerajaan ke atas penggunaan pendapatan, kekayaan atau asas-asas
lain untuk faedah rakyat bersama. Hasil
kutipan cukai biasanya digunakan oleh kerajaan untuk mengurus, mentadbir dan
membangunkan negara. Cukai pendapatan di Malaysia bersifat kewilayahan. Ini bermakna cukai dikenakan ke atas
pendapatan yang bersumber dari Malaysia.
Pendapatan yang bersumber dari luar Malaysia akan dikenakan cukai
sekiranya dibawa masuk ke Malaysia dan diperolehi oleh mereka yang bermastautin
di Malaysia sahaja. Mereka yang tidak
bermastautin tidak dikenakan cukai terhadap pendapatan yang dibawa masuk ke
Malaysia.
Cukai
merupakan sumber pendapatan utama kebanyakan kerajaan negara-negara di dunia
sama ada negara maju atau membangun.
Umpamanya di Malaysia bagi tahun 2000, cukai telah menyumbangkan
kira-kira 90% daripada jumlah pendapatan negara. Sumber pendapatan daripada cukai ini
digunakan untuk mentadbirkan negara dan untuk diagihkan semula ke dalam ekonomi
melalui projek-projek pembangunaan atau bantuan terus kepada penduduk tempatan.
Bagi kebanyakan negara membangun, sistem pencukaian adalah dianggap sebagai
satu saluran dan kaedah begai menggalakkan perkembangan ekonomi. Kerajaan dan kebanyakan ahlinya berpandangan
bahawa pembangunan ekonomi boleh berkembang pesat dengan adanya galakan
daripada sistem pencukaian dan juga dengan adanya sistem pencukaian yang dapat
meminimumkan sekatan dan perkembangan ekonomi.
Sistem
taksiran yang diamalkan di Malaysia sekarang ialah Sistem Taksiran Diri (STD)
ataupun taksiran tahun semasa menggantikan (STR) yang diamalkan sebelum ini.
Taksiran tahun semasa dimaksudkan pendapatan yang diperolehi dalam suatu tahun
semasa ditaksirkan cukai dalam tahun yang sama.
Dalam Belanjawan 1999, pindaan telah dicadangkan bahawa cukai pendapatan
berasaskan tahun semasa akan dilaksanakan dalam tahun 2000. Ini bermakna pendapatan yang diperolehi dalam
tahun 2000 akan dikenakan cukai dalam tahun itu juga. Dalam STD, ada dua fungsi
yang penting iaitu fungsi utama dan fungsi bukan utama. Dalam fungsi bukan utama, terdapat
aspek-aspek pengiraan cukai pendapatan yang perlu dibuat oleh pembayar cukai
itu sendiri.
Dalam STD,
jumlah cukai yang perlu dibayar dikira oleh pembayar cukai sendiri. Ia menjadi tanggungjawab penuh pembayar
cukai. Sebaliknya, bagi fungsi utama STD iaitu pengesahan, penyemakan dan
pengauditan ke atas jumlah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai adalah
tanggungjawab LHDN. Secara tidak
langsung, pegawai-pegawai penaksiran dalam Sistem Taksiran Rasmi akan diberikan
tugas-tugas lain, seperti pengauditan dan penyiasatan. Dalam STD, tumpuan diberikan kepada aspek
pencegahan. Memandangkan LHDN akan dapat
mengurangkan kerja-kerja penaksiran dalam pelaksanaan tetapi mempunyai masa
untuk pengauditan dan penyiasatan maka, sistem baru ini secara tidak langsung
boleh menjimatkan kos pentadbiran tetapi meningkatkan hasil cukai dan ini adalah intipati STD.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CUKAI INDIVIDU DAN SYARIKAT DENGAN HARGA YANG BERAPTUTAN DI SEKITAR BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.