Pada 16 Disember 2009, Rang Undangundang GST telah dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama. Rang Undangundang ini sepatutnya dibentangkan untuk Bacaan Kedua dan seterusnya tetapi telah ditangguhkan bagi mengambil kira pandangan dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat. Isu mengenai tindakan kerajaan terlalu drastik dalam melaksanakan GST adalah tidak relevan kerana kerajaan telah melakukan kajian terperinci, mengambil kira pandangan semua pihak dan memberi masa yang secukupnya untuk semua pihak bersedia sebelum ianya diumumkan. Di bawah SST, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, melalui GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah atau barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.
SST mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih terkawal dan seterusnya meningkatkan pematuhan. Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah. GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan. GST menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding SST. GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih telus, efektif, efisien dan mesra perniagaan.
GST lebih telus daripada SST kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar. Kadar GST yang ditetapkan adalah sebanyak 6% berbanding dengan kadar SST iaitu 5%, 10% dan kadar spesifik bagi cukai jualan. Sementara cukai perkhidmatan adalah pada kadar 6% dan kadar spesifik. Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM500,000 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela adalah digalakkan. GST dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Setiap peniaga dalam rantaian pembekalan membayar GST kepada pembekal masingmasing ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi dan pada masa yang sama mengenakan serta memungut GST ke atas barang atau perkhidmatan yang dijual oleh mereka.
Pada akhir setiap tempoh bercukai, peniaga boleh menolak GST yang dibayar (cukai input) dari GST yang dikenakan (cukai output). Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada kerajaan. Jika cukai input melebihi cukai output, peniaga boleh menuntut pulang balik dari kerajaan. Tidak semua barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut. Barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, daging ternakan, telur dan beberapa makanan asas yang lain tidak dikenakan GST. Kemudahan perkhidmatan asas seperti bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan (bagi pengguna domestik), perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta tanah pertanian juga tidak akan dikenakan GST. Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dengan pelaksanaan GST.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan GST akan mengatasi pelbagai kelemahan yang terdapat di dalam sistem percukaian sedia ada. Ianya juga akan menjadikan sistem percukaian negara lebih telus, adil, saksama dan mesra peniaga. Pada masa yang sama, GST juga merupakan salah satu langkah terbaik bagi mengukuhkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Kenyataan yang menyatakan GST akan memiskinkan rakyat adalah tidak tepat. Struktur GST yang dicadangkan telah mengambilkira corak perbelanjaan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Ini dapat dilihat apabila pelbagai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak akan dikenakan GST. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pakej bantuan kepada rakyat bagi menangani sebarang kesan perlaksanaan GST. Undang-undang yang berkaitan, program penguatkuasaan dan pendidikan serta penyebaran maklumat bagi tujuan kesedaran juga telah dilaksanakan di dalam memastikan kejayaan pelaksanaan GST.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGIRAAN GST DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.