Dalam setiap
profesyen , terdapatnya satu piawai atau standard yang ditetapkan untuk diikuti
oleh pengamal profesyen itu, seperti juga profesyen perakaunan, satu piawai
telahpun ditetapkan untuk diamal oleh pengamal-pengamal perakaunan . Piawai yang dimaksudkan ialah Prinsip
–Prinsip Perakaunan Diterima Umum atau General Accept Accounting Principles
(GAAP) . piawai ini dibentuk bagi di ikuti oleh mereka yang terlibat dalam
bidang perakaunan dan bagi membolehkan sesebuah operasi dapat mengurus kewangan
mereka dengan baik.
Di dalam
sistem perakaunan terdapat dua asas bagi merekod hasil dan belanja bagi sesuatu
tempoh perakaunan, pertama ialah asas tunai dan kedua ialah asas akruan.
Kedua-dua asas perakaunan ini telah direka bentuk dan diamalkan dalam sistem
perakaunan dimana asas tunai merupakan
cara tradisional bagi para pengamal perakaunan merekod hasil dan belanja,
manakala asas akruan pula merupakan asas yang mengikut GAAP dan menjadi
pengangan kepada pengamalan perakaunan temporori .
Kedua-dua asas
ini telahpun diguna pakai dalam perakaunan baik dalam sektor awam mahupun
sektor swasta. pada awalnya, asas tunai digunapakai oleh kesemua catatan
perakaunan di dunia baik sektor awam dan swasta, namun hampir sedekad yang lalu
apabila GAAP mula diperkenalkan , asas akruan mula dipraktikkan oleh sektor
swasta kerana asas akruan mengikut prinsip-prinsip yang digariskan oleh GAAP,
namun begitu perakaunan asas akruan belum lagi secara meluas diguna pakai oleh
sektor awam, sebaliknya hari ini kebanyakkan negara masih mengamalkan
perakaunan asas tunai bagi urusan perakaunan sektor awamnya.
Perakuanan
asas tunai ialah satu kaedah perakaunan yang mengiktiraf dan merekod sesuatu
urusniaga apabila tunai diterima atau dibayar dalam tempoh perakaunan tersebut.
Di bawah kaedah ini, perbelanjaan aset tidak dipermodalkan dan liabiliti tidak
dilaporkan di dalam penyata kewangan, segala perbelanjaan akan menggunakan
peruntukan tahun semasa dan pembayaran
dibuat. Perakaunan asas tunai ini tidak diamalkan oleh kebanyakkan organisasi
di sektor swasta kerana asas tunai tidak mengikut piawaian GAAP . Namun begitu
bagi sektor awam perkaunan asas tunai masih diamalkan terutamanya oleh
negara-negara membangun .
Perakaunan
asas akruan pula ialah urus niaga dan peristiwa diiktiraf apabila ia berlaku
(bukan bila tunai diterima atau dibayar) dan direkodkan dalam rekod perakaunan
tempoh urus niaga tersebut berlaku. Berdasarkan asas akruan, hasil akan
diiktiraf dan direkodkan apabila barangan atau perkhidmatan telah diberikan
dalam tempoh perakaunan tersebut tanpa mengira sama ada tunai telah diterima
ataupun belum. Ini kerana, sepanjang tempoh perakaunan tertentu bukan semua
hasil atau belanja yang direkodkan itu adalah berkaitan dengan tempoh
perakaunan yang sedang berlaku sahaja.
Seterusnya urus niaga tersebut dilaporkan dalam penyata kewangan dalam
tempoh yang sama.
Perakaunan
asas akruan ini adalah kaedah yang selari dengan piawai GAAP dan ia amat sesuai
untuk menyediakan penyata kewangan dengan lebih tepat . Bagi sektor
swasta, kaedah asas akruan ini telah
diguna secara menyeluruh termasuk sektor swasta di Malaysia, tetapi bagi sektor
awam dikebanyakkan negara-negara membangun, kaedah ini masih belum digunakan
walaupun terdapat beberapa negara seperti New Zealand, Chile, Amerika Syaikat
dan United Kingdom telahpun mengamalkan kaedah akruan ini dalam sistem
perkaunan sektor awam mereka. Di Malaysia, buat masa kini, kerajaan masih
mengamalkan kaedah asas tunai dalam operasi perakaunan sektor awamnya, namun
telah terdapat perancangan kearah
pelaksanaan perakaunan akruan bagi pengurusan kewangan dan perakaunan
Kerajaan Persekutuan pada tahun.
Dalam konteks
negara Malaysia, transformasi polisi perakaunan negara kearah perakaunan akruan
menerusi Model Ekonomi Baru dilihat satu transformasi ke arah pengurusan
kewangan oleh kerajaan persekutuan dengan lebih cekap dan berkesan.
Transformasi ini melibatkan pertukaran polisi kerajaan sedia ada iaitu
perakaunan asas tunai diubah suai kepada perakaunan asas akruan menjelang 2015
bagi peringkat Kerajaan Persekutuan dan 2016 bagi peringkat Kerajaan Negeri.
Perakuanan akruan ini akan dapat menambah baik sistem yang sedia ada dalam
pengurusan kewangan negara dan meningkatkan akauntabiliti kerajaan dalam
pengurusan penggunaan dana dan sumber kewangan rakyat negara ini.
MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN AKAUN SERENDAH RM90 SAHAJA SEBULAN DI KAWASAN BANDAR BARU BANGI
DAN SEKITARNYA. CAJ ADALAH TERMURAH DI PASARAN. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN
KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK
MAKLUMAT LANJUT.