Ramai orang menganggap perancangan kewangan
sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang menyeronokkan. Kalau sentiasa hidup berjimat, sudah tentu
anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah
begitu? Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh
memperuntukkan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar
dengan rakan-rakan dan bersuka ria. Jika anda dapat mengaturkan tabiat
perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang
untuk lebih berseronok pada masa hadapan!
Dengan merancang kewangan, anda berupaya
mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau
kebergantungan kepada orang lain. Anda juga dapat mengeratkan lagi hubungan
peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan
sekerja kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu
pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan
kepada orang lain. Selain itu, anda juga akan bebas daripada kebimbangan
kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan
dan mencapai matlamat peribadi hidup dan mampu menjadi lebih efektif untuk
mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat,
bukan bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang.
Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai
pelan kewangan peribadi yang terurus, anda lebih arif tentang keperluan masa
depan dan sumber yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu
mengawal segalanya. Hebat? Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan
perancangan kewangan? Kalau mengikut definisi buku, ia adalah satu proses di
mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi
dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang
menyeluruh.
Secara praktikal, perancangan kewangan adalah
segala yang berkaitan dengan mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang
individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti
berkahwin, membeli asset seperti kereta atau rumah, merancang untuk mendapatkan
anak serta perancangan pendidikan anak kita. Melalui perancangan kewangan, kita
dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan
wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Selain itu juga, ia adalah panduan
untuk membantu anda mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan. Tapi lazimnya,
rakyat Malaysia masih belum diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini.
Kita harus akui bahawa dalam pendidikan formal di Malaysia, subjek tentang
kewangan peribadi masih belum dilaksanakan secara menyeluruh.
Natijahnya ramai rakyat Malaysia yang telah
bekerja mengalami masalah kewangan terutamanya berkaitan tentang perbelanjaan
dan hutang sedangkan separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang
kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua
terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart) di mana 4
orang ahli keluarganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah
perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Merancang kewangan adalah satu
proses dan strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan
sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang.
Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan
kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk
mencapainya dan bila sepatutnya bermula.
Amat penting bagi setiap individu untuk membuat
perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki
alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat
sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda
berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan
yang lebih baik. Merancang perbelanjaan dengan bijak dapat menyelamatkan kita
daripada mengalami krisis kewangan. Tanpa perancangan yang rapi banyak perkara
yang tidak dapat kita melakukannya dengan baik. Sebagai contoh, sekiranya anda
ingin bersara awal dengan harga barang keperluan seharian semakin meningkat.
Jika kita tak menyimpan duit sekarang, mana datangnya duit itu esok hari?
Kemudian ada yang beranggapan akan mati awal selepas bersara.
Tiada siapa yang mampu meramal ajal dan maut
bukan?. Jika masih tak bersedia untuk buat persediaan untuk orang yang akan
terus hidup selepas kita tiada, bagaimana mereka meneruskan kehidupan jika hari
esok tak ada simpanan? Bayangkan, jika anak-anak yang di tinggalkan masih
kecil? Jika keadaan terdesak, adakah mereka akan membuat pinjaman daripada
individu yang tak bertauliah? Selalunya kita beranggapan, bila hari itu tiba,
pandai-pandai lah mereka teruskan kehidupan.
UNTUK PENDAFTARAN LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN
(MOF), PEMBAHARUAN DAN STATUS BUMIPUTRA SILA HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE
norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
