A. PENGENALAN
Dengan
perkembangan perundangan syarikat yang semakin kompleks dan pembentukan
usahasama perniagaan menjadi kumpulan syarikat yang lebih besar, kedudukan
setiausaha syarikat telah berubah daripada hanya menjadi seorang pekerja biasa
kepada seorang yang jauh lebih penting dalam sesuatu syarikat. Setiausaha
syarikat pada masa ini merupakan seorang pegawai syarikat yang diiktiraf dengan
tanggungjawab yang lebih berat dan dengan kuasa yang lebih besar yang menuntut
kepada tingkah laku beretika di kalangan setiausaha syarikat pada setiap masa.
Kod
Etika ini, secara umumnya, boleh difahamkan sebagai pemakaian etika bagi hal
ehwal korporat, yang dirumus untuk meningkatkan standard pentadbiran korporat
dan untuk menanamkan profesionalisme dan ke-berkesanan tugas di kalangan
setiausaha syarikat.Kod Etika ini hendaklah menjadi suatu kod kesusilaan yang
memperkatakan dengan apa yang benar atau salah dan apa yang baik atau buruk dari
segi moral.
B. PRINSIP
Kod Etika ini
didasarkan kepada prinsip-prinsip yang berkaitan dengan ketelusan, integriti,
akauntabiliti dan tanggungjawab sosial korporat.
C. OBJEKTIF
Kod Etika ini
dirumuskan bagi meningkatkan standard pentadbiran korporat dan bagi menanamkan
tingkah laku korporat yang baik untuk mencapai objektif berikut:
1. Untuk menanamkan amalan profesionalisme di kalangan setiausaha syarikat berdasarkan kepada kerukunan moral, kecekapan dan ke-berkesanan pentadbiran; dan
1. Untuk menanamkan amalan profesionalisme di kalangan setiausaha syarikat berdasarkan kepada kerukunan moral, kecekapan dan ke-berkesanan pentadbiran; dan
2. 2. Untuk mendukung semangat tanggungjawab
dan akauntabiliti sosial sejajar dengan perundangan, peraturan dan garis
panduan yang men-tadbirkan sesuatu syarikat.
D. KOD KELAKUAN
Dalam menjalankan
tanggungjawabnya, seseorang setiausaha syarikat hendaklah sentiasa mematuhi
kod-kod berikut:
- ·
Berusaha bersungguh-sungguh ke arah
profesionalisme yang kompeten dan pada setiap masa mempamerkan kemahiran yang
tinggi dalam melaksanakan tugas dan kewajipan jawatannya;
- ·
Sesungguhnya, pada setiap masa
melaksanakan kuasanya dengan suci hati, bertindak dengan penuh tanggungjawab,
jujur serta berhati-hati dan penuh ketekunan di dalam menunaikan kewajipan
jawatannya;
- ·
Pada setiap masa berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk membantu syarikatnya ke arah matlamat yang ditetapkan
berdasar kepada kerukunan moral, kecekapan dan pentadbiran yang berkesan;
- ·
Mempunyai kefahaman yang jelas tentang
matlamat dan tujuan syarikat serta kuasa dan sekatannya seperti yang
diperuntukkan di dalam Memorandum dan Perkara-Perkara Persatuan syarikatnya;
- ·
Mempunyai pengetahuan mengenai
peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah mesyuarat, khususnya kehendak-kehendak
mengenai korum, pengundian dan peruntukan-peruntukan berkaitan proksi dan
ber-tanggungjawab untuk rnentadbir rnesyuarat dengan teratur;
- ·
Tidak mengalih untuk manfaatnya sendiri
apa-apa peluang perniagaan yang sedang diusahakan oleh syarikatnya dan juga
tidak menggunakan atau mendedahkan kepada pihak-pihak lain segala maklumat
sulit yang diperolehi rnelalui jawatannya untuk manfaat sendiri atau orang
lain;
- ·
Mengamalkan sikap yang objektif dan
positif serta memberi kerjasama sepenuhnya demi kebaikan bersama apabila
berurusan dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan-badan yang mengawal selia;
- ·
Memberitahu ahli lembaga pengarah atau
pegawai awam yang sewajarnya apa-apa maklumat diketahuinya, yang dia dengan
jujur mempercayai bahawa sesuatu penipuan sedang atau akan dilakukan oleh
syarikatnya atau oleh mana-mana pengarah atau kakitangan syarikatnya;
- ·
Menghadkan dirinya menjadi setiausaha
syarikat kepada suatu bilangan yang mana dia mampu menumpukan masa dan
keberkesanannya dengan sebaiknya;
- ·
Membantu dan menasihati
pengarah-pengarah bagi memastikan bahawa pada setiap masa syarikatnya
menyelenggara suatu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyimpan
daftar-daftar dan rekod-rekod perakaunan yang sepatutnya;
- ·
Sentiasa bersikap saksama dalam hubungannya dengan pemegang saham, pengarah
dan tanpa berat sebelah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengarah dan
syarikatnya mematuhi perundangan yang berkaitan, tanggungjawab-tanggungjawab
kontrak dan kehendak-kehendak lain yang berkaitan;
- ·
Menghadirkan diri atau semasa
ketiadaannya memastikan ia diwakili di pejabat berdaftar syarikatnya pada hari
dan waktu yang pejabatnya berurusan dengan orang ramai;
- Menasihati lembaga pengarah syarikatnya
supaya tidak menerimapakai polisi yang bertentangan dengan kepentingan
‘stakeholder’ syarikat;
- Menyedari akan laporan-laporan dan
kehendak-kehendak lain statut yang di bawahnya syarikat diperbadankan; dan
- Hadir atau diwakili dalam mesyuarat syarikat dan tidak membenarkan dirinya atau wakilnya dikecuali atau diketepikan dari mesyuarat berkenaan yang mana boleh menjejaskan tanggungjawab profesionalnya sebagai setiausaha kepada syarikat.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN KAWASAN SEKITARNYA. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.